RMAF CHALLENGE 2019

KUALA LUMPUR, 4 Mei 19 – RMAF CHALLENGE 2019 yang diadakan di Taman Botani Perdana melibatkan pegawai-pegawai kanan TUDM berpangkat Lt Kol setaraf dan ke atas ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya.

Aktiviti yang dirancang ini adalah bertujuan membudayakan gaya hidup sihat dengan melakukan aktiviti kecergasan agar sentiasa cergas disamping siap siaga dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Acara larian sejauh 10 KM ini telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jen.Tan Sri Affendi Buang.

Aktiviti dimulakan dengan senamrobik di bawah kelolaan Jurulatih Jasmani TUDM dengan bantuan Badan Kesenian Tentera Udara (BKTU) ini disertai hampir 354 peserta yang dikumpulkan mengikut kategori:

Kategori A – Berumur 55 tahun dan ke atas. Kategori B – Berumur 50 hingga 54 tahun. Kategori C – Berumur 45 hingga 50 tahun. Kategori D – Berumur 44 tahun dan ke bawah.

Acara larian ini dimulakan jam 7 pagi dan berakhir sepenuhnya pada jam 9 pagi. ‘Medal’ diberikan kepada 10 pemenang terawal bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Turut sama di majlis ini adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM; Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM serta pengawai-pegawai kanan TUDM.

 

Graduate with a Master of Mass Communication. 10 years working experience in the media and broadcasting.

×

Like us on Facebook

Seo wordpress plugin by www.seowizard.org.