“Norbaini Cookies” minta pemborong buat tempahan awal sebelum perayaan  

Norbaini menyatakan sesuatu kepada pekerja nya yang membuat tart nanas di kilang nya.

Kata-kata perangsang dan pujian daripada anggota keluarga dan rakan-rakan Norbaini Mohamad, 56, tentang  kesedapan dan keaslian rasa pelbagai jenis biskut yang dihasilkan sejak 11 tahun lalu telah mendorongnya untuk menceburkan diri dalam dunia perniagaan secara serius.

Keenakan biskut hasil tangan Norbaini bukan sahaja mendapat tempat di hati orang-orang terdekat dengannya malahan dalam kalangan pembeli di Econmart Supermarket cawangan Sentosa dan Teluk Pulai, Klang sejak tahun 2012.

Mula membekalkan kedua-dua pasar raya itu dengan 20 kotak besar berisi 480 balang biskut namun jumlah itu meningkat kepada 100 kotak berisi 2,400 balang dalam tempoh tiga tahun mulai 2015.   

Jika dahulu Norbaini hanya menjual pelbagai jenis biskut pada musim perayaan seperti Deepavali, Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri tetapi hari ini dia mampu membekalkan sebanyak 16 jenis biskut untuk jualan harian kepada orang ramai.

Dengan bantuan empat tenaga pekerja wanita di kilang yang terletak di sebelah kediaman nya di Kampung Pandan, Klang, kini syarikat nya Norbaini Cookies mampu membekalkan 1,200 balang biskut atau 50 kotak besar setiap satu berisi 24 balang kepada pemborong dalam tempoh tiga hingga empat hari.

Seorang pengunjung Norziah Ibrahim (kiri) membeli biskut yang baru dikeluarkan dari kilang Norbaini Cookies di Klang baru-baru ini.

“Kami boleh menyediakan biskut semperit, mazola, butter cookies, cornflakes dan sarang semut dengan jumlah yang banyak dalam tempoh empat hari,” kata Norbaini ketika ditemui di kilang nya baru-baru ini.

Dalam pada itu katanya, tart nanas yang lebih rumit untuk membuatnya memerlukan masa yang lebih lama bergantung pada jumlah tempahan. 

Sebagai seorang usahawan yang cekal, Norbaini mempunyai perancangan untuk memperbesar dan meluaskan pasaran biskutnya ke merata tempat di Lembah Klang dan seterusnya ke seluruh negara .

Untuk tujuan itu, Norbaini memerlukan bantuan pemborong untuk membeli biskut-biskut nya dengan jumlah yang banyak terutama di musim perayaan.

Bagi tahun ini, sasaran Noraini ialah untuk membekal sebanyak 600 kotak yang berisi 14,400 balang biskut ke merata tempat selain di Lembah Klang.

Jumlah tersebut jelasnya adalah tambahan daripada bekalan sebelumnya iaitu 300 kotak atau 7,200 balang untuk Hari Raya dan Deepavali.

Bagaimanapun katanya, biskut “homemade” seperti tart nanas, almond London, shortbread, dahlia, mazola nestum, snow almond, chocolate chips, almond fruities dan suji oats dijual di musim Hari Raya sementara untuk Deepavali hanya enam jenis ditawarkan manakala untuk Tahun Baru Cina hanya tart nanas dan London almond dijual mengikut permintaan.         

Biskut-biskut Norbaini mampu bertahan sehingga setahun (tarikh luput) dan kerana itu pemborong boleh mendapatkan bekalan dari kilang nya dalam tempoh sebulan sebelum perayaan.

Kini kilang itu mempunyai stok sebanyak150 kotak yang berisi 3,600 balang biskut dan pemborong boleh mendapatkan bekalan tanpa membuat tempahan terlebih dahulu.  

Untuk menempah dan membeli biskut, pemborong boleh datang sendiri ke kilang di alamat TBG 891, Kampung Pandan, 4100 Klang atau menghubungi Norbaini di talian 018-2194231.    

Norbaini turut memberitahu, harga setiap balang berisi sekurang-kurang 50 keping biskut adalah di bawah RM20 dan merupakan antara harga yang termurah di pasaran.

Usahawan yang mempunyai empat orang anak itu turut memberitahu, para pelanggan  tidak perlu risau tentang kualiti biskut-biskut nya kerana selain dijual dengan harga berpatutan, keenakan dan keaslian rasanya terjamin kerana bahan-bahan yang digunakan bermutu tinggi dan halal.

Mengenai harga yang ditawarkan kepada pemborong, Norbaini berkata, perkara itu termasuk pembayaran pendahuluan untuk tempahan boleh dirunding terlebih dahulu.

 Sebelum menerjah ke alam perniagaan yang lebih besar dan mencabar, Norbaini turut menimba pengalaman dengan menjual biskut-biskut nya di Bazar Jalan Taiping Klang selama 21 hari menjelang Hari Raya Aidilfitri sejak 2013.

Menyentuh ilmu memasak biskut kontemporari yang disukai pelbagai lapisan masyarakat itu, Norbaini berkata, dia melengkapkan dirinya dengan mengikuti pelbagai kursus pendek di hotel dan di mana sahaja yang menawarkan pakej cara-cara memasak biskut sebelum menceburi bidang perniagaan. –Malaysia World News 

 

more recommended stories

×

Like us on Facebook

Seo wordpress plugin by www.seowizard.org.