Usahawan muda perlu teroka pasaran global – Mohd. Irwan Serigar

2
Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah (tengah) bersama-sama Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali (kanan) pada sidang media di NU Sentral pagi semalam.

KUALA LUMPUR 18 Feb- Nilai pelaburan pihak swasta yang lebih tinggi di negara ini akan membantu menaikkan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menerusi pengeksportan produk-produk buatan tempatan ke luar negara. 

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah berkata, jika produk-produk buatan Malaysia boleh menembusi pasaran ASEAN dengan jumlah penduduk sebanyak 600 juta maka itu boleh membantu menambah pendapatan rakyat dan negara secara amnya.

Selain itu kata beliau, para usahawan tempatan perlu  menumpukan kepada pembuatan dan penghasilan produk-produk baharu supaya boleh menembusi pasaran China dan India yang mempunyai lebih dua bilion penduduk.

Katanya, kedua-dua negara ini menawarkan pasaran besar yang perlu diterokai para usahawan tempatan.

“Walaupun terdapat paradigma politik baharu yang bercorak pandang ke dalam (inward looking) namun Malaysia tetap dengan pendekatan memandang ke luar dan mengadakan hubungan perdagangan yang lebih meluas di peringkat antarabangsa,” katanya pada sidang media di Majlis Penutup Program “UKM Masterclass Entrepreneurship” dan Young Entrepreneurs Showcase YES@NU Sentral di sini pagi ini.

Farah Yusoff yang menghasilkan produk kosmetik menerangkan strategi pemasarannya di NU Sentral pagi semalam.
Farah Yusoff yang menghasilkan produk kosmetik menerangkan strategi pemasarannya di NU Sentral pagi semalam.

Katanya, bagi merealisasikan TN50 iaitu selepas tahun 2020, adalah menjadi hasrat kerajaan untuk menggembeleng tenaga semua pihak antaranya sektor swasta, anggota masyarakat, badan bukan kerajaan (NGO) pertanian dan korporat supaya Malaysia menjadi antara 20 negara terbaik di dunia dalam pelbagai aspek.

Sementara itu Naib Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali berkata, “UKM Masterclass Entrepreneurship” adalah satu kaedah pembelajaran yang bukan sekadar melibatkan tenaga universiti malah NGO dan kementerian untuk mengeluarkan hasil seperti yang dikehendaki.

Beliau menambah, ini adalah model pembelajaran yang klasik di mana peserta mempunyai perniagaan sendiri dan juga visi untuk mengembangkannya. Sessi pembelajaran adalah seperti biasa di mana para pensyarah akan menyampaikan ilmu dan selok belok perniagaan.

“Ianya bermula dengan idea dan kemudian diperkemas dan diperincikan supaya menjadi sesuatu yang praktikal dan seterusnya dimajukan menjadi produk untuk dijual dan dipasarkan,” jelas beliau.

Sehubungan itu, Mohd. Irwan juga memberitahu, kursus ini tanpa perlu menduduki peperiksaan atau ujian tetapi menghasilkan produk dan penyertaan dalam kelas. Ianya terbuka kepada semua fakulti dan pelajar sehingga ke peringkat doktor falsafah (PhD).

Beliau memberitahu, ini adalah model pertama seumpamanya di dunia dan diharap kementerian lain akan mengikuti langkah yang sama bagi membina komuniti keusahawanan yang lebih besar dan mantap.  

Sehubungan itu, program tersebut adalah hasil usaha sama Kementerian Kewangan melalui Pejabat Pembangunan Keusahawanan Nasional (NEDO) dengan beberapa agensi serta universiti awam tempatan dengan matlamat membantu dan membuka lebih banyak peluang perniagaan kepada usahawan terutama golongan belia tempatan.

Malaysia World News

2 Comments

  1. Hi just wanted to give you a quick heads up and let you know a few of the pictures aren’t loading correctly. I’m not sure why but I think its a linking issue. I’ve tried it in two different web browsers and both show the same outcome.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *