Teknologi tanpa bedah bantu anda tampil cantik

2

Untuk tampil cantik, anda tidak perlu menjalani pembedahan yang menyakitkan kerana teknologi yang disediakan di ‘Premier Clinic’, di Taman Tun Dr. Ismail, (TTDI) Damansara, dapat menyelesaikan masalah kecantikan dari akar rambut di kepala hingga ke hujung kaki. 

Salah seorang doktor dari klinik tersebut, Dr. Kee Yong Seng berkata, rawatan anti penuaan menggunakan terapi laser dan “ultrasound” yang disediakan pihaknya tidak berisiko malah selamat digunakan tanpa menimbulkan komplikasi yang tidak diingini.

Premier Clinic

“Rawatan seperti laser mencabut rambut,  laser pigmen, “vascular laser”, “fractional laser”, CO2 dan Nano RF mampu menyelesaikan beberapa masalah seperti kebotakan dengan menggalakkan penyuburan rambut secara semula jadi, menutup liang roma terbuka, menghilangkan parut jerawat, jeragat dan masalah kulit tidak sekata. 

“Laser dan “ultrasound” yang kami gunakan ini dapat menembusi hingga ke lapisan dermis (kulit) paling dalam tanpa menimbulkan luka di permukaan kulit. Ianya sebagai rawatan alternatif baharu yang berfungsi untuk meningkatkan kekenyalan kulit dan menegangkan kulit wajah yang kendur di sekitar mata,dagu dan leher,” katanya kepada Malaysia World News.

Menurutnya, lelaki dan wanita yang mendapatkan rawatan di klinik tersebut  menghadapi beberapa masalah berbeza.

“Untuk golongan lelaki, mereka menghadapi tiga masalah utama yang melibatkan pigmentasi, kedutan dan kebotakan. 

“Bagi mengatasi masalah kebotakan, kami menggunakan kaedah rawatan rambut sel stem dengan menanam rambut asal bagi menggalakkan proses penumbuhan rambut baharu. Hasilnya dapat dilihat dalam tempoh tiga hingga lima bulan selepas sel rambut baharu itu matang dan subur sepenuhnya.

“Sel stem juga boleh digunakan untuk meningkatkan kolagen asli dalam badan kerana kebiasaannya masalah kulit berlaku kerana kuantiti dan kualiti kolagen dalam badan berkurangan. 

“Selain itu, ada juga pelanggan yang ingin mendapatkan rawatan untuk  membesarkan alat sulit dan hasil daripada rawatan kami, ia bertahan selama tiga hingga lima tahun tanpa kesan sampingan,” katanya.

Jelasnya, golongan wanita pula lebih gemar mendapatkan rawatan untuk anti penuaan, mencerahkan kulit dan membentuk tubuh dan wajah supaya lebih cantik  terutamanya di bahagian pipi, bibir, buah dada dan punggung.

“Ubat anti penuaan mudah dibeli dalam talian tetapi kebanyakannya tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan dan kerana itu adakalanya boleh membawa kesan sampingan atau komplikasi pada hati dan buah pinggang.

“Oleh itu, kami syorkan rawatan anti penuaan menggunakan vitamin seperti pil kristal tomato iaitu suplemen untuk pemutihan dan pencerahan kulit yang mengandungi super anti-oksiden atau penggunaan laser pigmen yang lebih selamat,” tambahnya.

Beliau menambah, pihaknya juga menyediakan rawatan untuk membuang lemak. Selain menggalakkan pelanggan mengawal makanan harian yang seimbang, pihaknya menyediakan rawatan bagi menggalakkan penumbuhan metabolisme dengan menggunakan mineral, hormon dan enzim semula jadi. Ianya juga untuk membakar lemak.

“Pelanggan yang mempunyai masalah lemak berlebihan di perut pula, diberi dua pilihan iaitu dengan memindahkan lemak yang tidak diingini dan menyuntiknya kembali untuk membentuk pipi, bibir, buah dada dan punggung atau hanya menggunakan frekuensi radio yang tidak menyakitkan untuk membakar sel lemak tanpa pembedahan atau suntikan,” katanya.

-Malaysia World News

(by Ziinine.Am and Ahmed Syahril Zulkeply)

2 Comments

  1. I haven’t checked in here for some time as I thought it was getting boring, but the last several posts are good quality so I guess I will add you back to my everyday bloglist. You deserve it my friend 🙂

Comments are closed.