Malaysia akan guna tenaga nuklear hadapi revolusi industri 4.0

2
IMG_6454
Datuk Mah Siew Keong ketika berucap di Dewan PGRM sebelum meraikan anak-anak yatim di Majlis Berbuka Puasa di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR 21 JUN –  Berikutan negara sedang menuju era baharu dalam revolusi industri 4.0, kajian tentang keperluan tenaga nuklear  (Malaysia Nuclear Power Corporation -MNPC) sedang dilaksanakan bagi melihat kesesuaiannya sebagai salah satu sumber tenaga di masa akan datang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mah Siew Keong berkata, tenaga nuklear itu diperlukan memandangkan dalam era baharu itu, semua perkara adalah inter-connected dengan kehidupan harian  manusia seperti telepon pintar, kenderaan elektrik, online shopping dan beberapa sistem pintar yang lain.

Menurut Siew Keong, dengan kepelbagaian kegunaan itu, sudah pasti keperluan tenaga elektrik akan meningkat dengan mendadak dan kerana itu tiga agensi di bawah pengawasannya sedang mengkaji keperluan sumber tenaga alternatif daripada sumber yang boleh diperbaharui seperti Biomas (Agensi Inovasi Malaysia -AIM dan Malaysia Industry-Government Group for High Technology- MIGHT) dan tenaga solar (MIGHT).

Jelas beliau, ketika menuju era baharu dalam revolusi industri 4.0, aspek inovasi adalah  penting bagi membolehkan kita menjadi lebih kompetitif dan kekal berdaya saing.

“Itulah sebabnya daripada aspek yang lebih luas, MIGHT berusaha untuk membangunkan industri tempatan dengan dilengkapi teknologi-teknologi terkini. Seiring dengan itu, AIM pula membangunkan beberapa program untuk meningkatkan inovasi di dalam negara,” katanya.

Beliau berkata demikian sebelum meraikan anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim dan Asnaf Baitul Nurrawdhah, Puchong di Majlis Berbuka Puasa di Bangunan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) di sini petang ini.

Beliau juga memberitahu mengenai penjaja kita di Malaysia di mana program seperti MyHawkers Apps yang bakal dilancarkan adalah seiring dengan trend dan teknologi terkini bagi mempersiapkan mereka dengan cabaran yang mendatang ini.

Dalam perkembangan inovasi dan projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) beliau turut memberitahu, mengikut laporan UNESCO, Malaysia mempunyai 365 penyelidik dalam setiap sejuta penduduk manakala Jepun 5,400 penyelidik dan Korea mempunyai 4,200 penyelidik.

Sementara itu katanya, untuk 30 juta penduduk, Malaysia hanya mempunyai 15,000 lulusan PhD manakala sebuah syarikat di Korea (Huawei) yang memiliki 176,000 pekerja dan daripada jumlah itu 80,000 terlibat dalam kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan.- malaysiaworldnews

2 Comments

  1. I found your weblog web site on google and check a couple of of your early posts. Proceed to keep up the excellent operate. I just further up your RSS feed to my MSN News Reader. In search of ahead to reading more from you in a while!…

  2. You can definitely see your expertise within the paintings you write. The arena hopes for more passionate writers like you who aren’t afraid to say how they believe. Always follow your heart.

Comments are closed.