Istimewa Menu “Citarasa Asli Kampung” di Hotel Corus

1
Azhar Ashari
Azhar Ashari

Jika anda merindui makanan asli Melayu yang sukar didapati pada hari-hari biasa di sekitar Kuala Lumpur, namun pada bulan Ramadan Al-Mubarak ini, Hotel Corus yang terletak berhampiran KLCC menyediakan sebanyak 250 jenis makanan yang anda idamkan itu.

Bertemakan  “Citarasa Asli Kampung” antara juadah yang menjadi tarikan atau “signature dish” bagi hotel bertaraf empat bintang itu ialah daging masak lada hitam dari Johor, asam pedas ikan sembilang dari Melaka dan rendang hati ayam masakan minangkabau.

Pengurus Pemasaran, Hotel Corus, Shahreza Shaharuman bekata,  juadah-juadah selera Melayu  yang disediakan sepanjang Ramadan mulai 6 Jun hingga 5 Julai itu bernilai RM118 bersih untuk dewasa dan RM60 bagi kanak-kanak.

Bagaimanapun katanya,  pelanggan yang membuat tempahan awal akan diberi diskaun sebanyak RM30. Restoran di hotel itu boleh memuatkan seramai 300 hingga 350 orang untuk menjamu selera setiap hari di sepanjang Ramadan. Pelanggan yang masuk tanpa membuat tempahan awal juga akan dilayani.

IMG_6293

“Harga yang ditawarkan itu amat berbaloi jika dibandingkan dengan hotel-hotel setaraf Corus yang menawarkan RM130 hingga RM140 seorang.  Terletak di tengah-tengah bandar di Jalan Ampang, makanan di hotel ini turut digemari para pelancong asing dan residen di kondominium berdekatan,” katanya ketika ditemui di majlis berbuka puasa di hotel itu baru-baru ini.

Para pelancong katanya, suka mencuba dan akan datang lagi dengan rakan-rakan dan ahli-ahli keluarga sekiranya mereka menyukai makanan Melayu.

Sehubungan itu, Pembantu Chef Eksekutif, Azhar Ashari berkata, pelbagai jenis makanan Melayu disediakan di lima buah warong yang menyediakan antaranya kuetiau, cucur bawang, pisang goreng, kambing bakar, burung puyuh dan ayam goreng.

IMG_6292

Selain daripada itu katanya, sebanyak lapan jenis pembuka selera Barat seperti salad epal, seleri dan ubi kentang juga disediakan.  Selain daripada itu pelbagai jenis nasi seperti nasi dagang, briyani  dan nasi arab serta sup tulang rawan juga dihidangkan.

Pelbagai jeruk buah-buahan untuk pembuka selera dan aneka jenis makanan ringan seperti rempeyek, muruku, kerepek ubi dan pisang serta pelbagai jenis kuih Melayu dan Barat juga terdapat di situ. Tidak ketinggalan minuman popular teh tarik dan pelbagai jenis kopi juga boleh dinikmati bersama-sama tetamu yang hadir.

Sebagai salah seorang daripada chef di hotel itu,  Azhar yang berkhidmat sejak lima tahun itu memberitahu, daripada 250 jenis lauk yang disediakan, sebanyak 80 peratus adalah masakan Melayu dan selebihnya Barat.

“Masakan Melayu yang disediakan di hotel ini dihasilkan daripada rempah ratus yang terdapat di dalam negara dan mencampurkannya dengan cara kami bagi mengekalkan keaslian rasanya,” kata Azhar.

Azhar yang berkecimpung dalam bidang masakan selama 20 tahun itu turut memberitahu,  pelbagai rempah ratus yang terdapat di negara ini memberinya inspirasi untuk menggunakannya dalam masakan bagi mengekalkan keaslian rasa juadah yang menjadi warisan Melayu sejak beratus tahun lalu.-malaysiaworldnews.

 

 

One Comment

  1. Hey there! I just wanted to ask if you ever have any trouble with hackers? My last blog (wordpress) was hacked and I ended up losing months of hard work due to no data backup. Do you have any methods to prevent hackers?

Comments are closed.