Honda Civic Generasi Ke-10 penuhi cita rasa orang muda

 

LtoR-En Roslan Abdullah, President & COO of Honda Malaysia; Mr Katsuto Hayashi, MD & CEO of Honda Malaysia; Mr Osamu Takezawa, Asst Large Project Leader of All-New Civic_1
LtoR-En Roslan Abdullah, President & COO of Honda Malaysia; Mr Katsuto Hayashi, MD & CEO of Honda Malaysia; Mr Osamu Takezawa, Asst Large Project Leader of All-New Civic_1

Peminat Honda Civic Generasi Ke-10 kini boleh memikinya apabila kereta dalam segmen C tersebut dilancarkan baru-baru ini dengan menawarkan tiga varian iaitu 1.5 cas turbo dengan harga RM127,800,  cas turbo premium dengan RM135,800 dan 1.8S berharga RM113,800.

Ketiga-tiga varian itu dijual dengan harga di atas jalan termasuk insurans. Honda Civic serba baharu ini antaranya menawarkan waranti untuk lima tahun dengan kiraan batuan yang tidak terhad,  khidmat percuma (free labour service) yang diguna pakai sehingga lima kali dalam lingkungan 100,000 kilometer atau lima tahun.

Dengan pelancaran model yang signifikan ini, Civic memasuki era baharu sekali gus mengubah cara pelanggan menikmati dan memandu sesebuah kereta.

Civic yang serba baharu ini menawarkan kelainan daripada reka bentuk, prestasi dinamik, penjimatan bahan api, keluasan, kualiti ruang dalaman dan ciri-ciri keselamatan- semua ini dalam satu pakej harga yang menarik.

Honda launches 10th generation Civic

Kereta yang berwajah ‘sporty’ dan trendi ini sudah pasti menarik minat generasi muda terutama apabila ianya menawarkan “Teknologi Maju Terhubung” (Advance Interface) menerusi paparan audio terkini bersaiz 7”. Antara ciri yang pertama kali ditawarkan pada Civic ini ialah “Remote Engine Start”,” Walk Away Auto Lock”, “Electric Parking Brake” dan “Auto Brake Hold”.

Sementara itu, antara ciri-ciri keselamatan terbaik yang ditawarkan dalam kelas ini adalah enam beg udara; bantuan kestabilan kenderaan (VSA); sistem brek anti-kunci (ABS); pengedaran brek elektronik (EBD); bantuan brek (BA); “hill start assist” (HSA); amaran berhenti kecemasan (ESS) dan ISOFIX.

Sehubungan itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia yang baharu, Katsuto Hayashi berkata,  enjin 1.5L VTEC baharu dibangunkan di bawah “Earth  Dreams Technology” untuk menawarkan keseronokan ketika memandu (joy to drive) di samping prestasi menarik dan penjimatan bahan api yang cemerlang.

Menurut beliau, Honda Malaysia adalah pengeluar kenderaan Jepun untuk pasaran massa yang pertama memperkenalkan enjin turbo ke dalam segmen C.

“Selain daripada enjin 1.5L VTEC cas turbo, Honda juga memperkenalkan enjin 1.8L i-VTEC. Kedua-dua enjin itu dipadankan dengan kotak gear “Continuously Variable Transmission” (CVT) untuk pengalaman pemanduan yang lancar dan menjimatkan bahan api,” katanya di majlis pelancaran Honda Civic di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Beliau juga memberitahu kedua-dua varian Civic serba baharu itu juga diiktiraf sebagai “kenderaan cekap tenaga” (EEV)) dan ianya selari dengan hala tuju kerajaan Malaysia yang berhasrat untuk menawarkan kenderaan EEV kepada orang ramai. –malaysiaworldnews

more recommended stories