60 mantan Utusan Melayu “memupuk kasih” di Pondok Kenangan

AHLI-ahli BSK bergambar kenangan di Pondok Kenangan, Cheras Baru, pada Program Memupuk Kasih petang ini.
AHLI-ahli BSK bergambar kenangan di Pondok Kenangan, Cheras Baru, pada Program Memupuk Kasih petang ini.

KUALA LUMPUR 9 APRIL –PERTEMUAN mantan wartawan, penulis, novelis,  ahli-ahli politik dan peneraju syarikat seramai 60 orang di Cheras Baru petang ini meriuhkan suasana “Program Memupuk Kasih” anjuran grup whatsapp Buletin Suara Keramat (BSK).

Tidak cukup dengan hanya berceloteh dalam grup whatsapp, ahli-ahli BSK yang terdiri daripada bekas kakitangan Utusan Melayu memanjangkan silaturahim di kediaman bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, Allahyarham Tan Sri Melan Abdullah di Pondok Kenangan, Kampung Cheras Baru dekat sini.

DATIN SERI Aida Shaari yang menyambut hari jadi turut diraikan ahli-ahli BSK.
DATIN SERI Aida Shaari yang menyambut hari jadi turut diraikan ahli-ahli BSK.

Program dimulakan dengan kenduri tahlil dan seterusnya menjalin silaturahim dalam kalangan ahli-ahli dengan penuh kemesraan, kasih sayang, hormat menghormati di samping mengimbau kembali nostalgia yang ditinggalkan sewaktu berkidmat dengan akhbar Utusan Malaysia di Jalan Chan Sow Lin, Sungai Besi, Kuala Lumpur tidak lama dahulu.

Program yang dihoskan Puan Sri Ashidah Minin yang sangat peramah dan baik hati itu menjamu tetamu dengan pelbagai juadah antaranya nasi dagang, laksa Johor dan pelbagai kuih-muih Melayu serta buah-buahan.

ANTARA wartawan Utusan Melayu yang meriuhkan suasana pada program yang dihoskan Puan Sri Ashidah Minin.
ANTARA wartawan Utusan Melayu yang meriuhkan suasana pada program yang dihoskan Puan Sri Ashidah Minin.

Suasana riuh rendah di sepanjang pertemuan itu adalah angkara usik mengusik dan gurauan dalam kalangan ahli-ahli BSK yang suka mengimbau kembali dialog-dialog dan watak-watak lucu di sepanjang  berceloteh dalam grup BSK yang diwujudkan sejak awal tahun ini.

Menurut  Tan Sri Johan Jaaffar selaku mantan Ketua Pengarang, Kumpulan Utusan Melayu dan pengasas BSK, grup itu “bersiaran” selama hampir 24 jam tanpa henti setiap hari dengan selingan pelbagai muzik dan lagu-lagu popular yang dipaparkan oleh deejay Nasir dan Daud.

ZAINUDDIN MAIDIN (kiri) antara mantan kakitangan Utusan Melayu yang hadir pada program BSK.
ZAINUDDIN MAIDIN (kiri) antara mantan kakitangan Utusan Melayu yang hadir pada program BSK.

Selaku pemantau grup itu, beliau sentiasa mengikuti dialog-dialog dan topik perbincangan di samping turut serta menjalin silaturahim dengan penuh kasih sayang.

Sementara itu, ahli-ahli BSK turut meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Datin Seri Aida Shaari, isteri kepada bekas Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Seri Dr.Suleiman Mohamad dan bekas pegawai diplomatik, Datuk Mohd. Alias.

Ahli-ahli BSK terdiri daripada kakitangan yang pernah berkhidmat di Utusan Melayu sebelum ini sama ada bersara atau berhijrah ke tempat lain.

Turut hadir pada program itu, mantan  Menteri Penerangan dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Tan Sri Zainuddin Maidin dan beberapa wartawan veteran antaranya Datuk Rosnah Majid, Bahyah Mahmud (BAM),  Maimunah Yusuf, Datuk Kamal Amir, Datuk Yazid Othman, Datuk Samad Maharuddin, Datuk Kamalruzaman Zainal, novelis Datuk Raja Ahmad Raja Ismail dan Zahari Affendi._malaysiaworldnews

 

more recommended stories

Seo wordpress plugin by www.seowizard.org.