Najib: Jangan gadai perjuangan UMNO untuk agenda peribadi

44c8

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang tidak lagi duduk bersama-sama orang yang setia dengan perjuangan UMNO sebaliknya dengan pihak yang dahulu disifatkannya sebagai rasis, cauvanis, anti-Islam dan anti-Melayu.

Najib berkata, apa yang kita hendak panggil orang yang kita (UMNO) pertahankan selama 22 tahun.  Dahulu sesetengah pihak menggelarkannya sebagai “Maha Firaun.”

“Saya hanya menyambung apa yang mereka kata. Dia (Mahathir) sekarang duduk sebaris dengan mereka. Dimanakah letaknya maruah diri?” tanya Najib kepada Mahathir yang kini berusaha mendapatkan sokongan rakyat menerusi Deklarasi Rakyat untuk menjatuhkannya.

Deklarasi Rakyat itu diwujudkan untuk mengutip tandatangan rakyat bagi menyingkir Najib di atas dakwaan isu kontroversi melibatkan dana RM2.6 bilion sebagai sumbangan politik daripada kerabat Diraja Arab Saudi.

Najib berkata demikian semasa berucap pada majlis  Persatuan Bekas Anggota KEMAS  (PBAKM) dan melancarkan Kelab Waris PBAKM di Kuala Lumpur semalam.

Najib turut mengingatkan semua pemimpin UMNO dan ahli-ahlinya supaya tidak menggadaikan perjuangan parti semata-mata untuk memenuhi agenda-agenda peribadi sehingga ke tahap menjual maruah diri.

“Dalam politik kita mesti ada prinsip maruah…apa jua yang dilakukan kita mesti berpegang pada Perlembagaan, jika tidak  negara akan menjadi hura-hara.

“Jika keadaan menjadi huru-hara, semua yang diperjuangkan akan hancur… jadi apa yang akan ditinggalkan untuk anak-anak dan cucu-cucu kita?”

‘’Sesetengah pemimpin dahulu cakap lain… sebelum ini mereka kata sokong parti dan (mereka) menasihatkan jika bersara, jangan lupa pada parti. Mereka kata bila kita jadi pemimpin orang lain menyokong kita, bila kita berhenti jadi pemimpin kita mesti sokong parti,” tambah beliau.

Hadir sama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden PBAKM, Datuk Melati Ali.

Sementara itu sejumlah 5,000 ahli PBAKM berikrar menyokong kepemimpinan Najib sebagai Perdana Menteri.-malaysiaworldnews.

more recommended stories

Seo wordpress plugin by www.seowizard.org.