Dr tun mahathir minta rakyat, raja sokong Deklarasi Rakyat

At the Kongres Rakyat (People's Congress) at the Shah Alam Convention Centre on Sunday
Dr.Mahathir (tiga kiri) menghadiri Kongres Rakyat 2016 di Pusat Konvensyen Shah Alam 27 Mac

TUN Dr. Mahathir Mohamad mahu berjuta-juta rakyat menandatangani Deklarasi Rakyat bagi menunjukkan betapa rakyat di negara ini mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu disingkirkan daripada jawatannya.

Menurut mantan Perdana Menteri itu, walaupun mengikut Perlembagaan Malaysia , raja-raja tidak boleh menyingkir atau membuang perdana menteri tetapi mereka boleh melakukan sesuatu (berusaha) sekiranya rakyat membuat tuntutan demikian.

Beliau merujuk kepada peristiwa Malayan Union di mana rakyat mendesak agar ia tidak dilaksanakan walapun telah mendapat persetujuan daripada pemimpin-pemimpin Melayu, sebaliknya telah digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Beliau berkata, kita hendak sesuatu dilakukan di luar Perlembagaan dan diharap Raja-raja Melayu mendengar suara rakyat kerana keadaan kini adalah luar biasa.

“Deklarasi Rakyat ini perlu ditandatangani oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kesatuan sekerja dan rakyat jelata bagi mengetahui perasaan rakyat terhadap Najib.

“Deklarasi Rakyat ini bukan hendak menjatuhkan kerajaan tetapi hendak menyingkir Najib. Kita tidak kisah siapa yang bakal pengganti Najib.

“ Asasnya ialah rakyat sayangkan negara ini. Negara ini bukan dimiliki perdana menteri. Saya percaya dengan tersingkirnya Najib, negara boleh dipulihkan,” katanya ketika berucap pada Kongres Rakyat 2016 di Shah Alam petang tadi.

Beliau juga berkata, lihat betapa para hadirin di perjumpaan ini tidak bergerak dari tadi sehingga hampir pukul 7 malam. Ini membuktikan betapa mereka sayangkan negara.

Terdahulu beliau juga memberitahu, kita tidak boleh tunggu sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) kerana “kerosakan” yang dilakukan tidak boleh dipulihkan selagi Najib menjadi perdana menteri. Selagi Najib ada tidak mungkin transformasi boleh dilakukan.

“Kita semua sayangkan negara kerana tidak banyak negara-negara boleh dimajukan selepas merdeka seperti yang dilakukan oleh Malaysia. Kita berupaya untuk maju dengan lebih pesat lagi. Kita telah berjaya menjadi negara perindustrian daripada sebuah negara miskin yang berteraskan aktiviti pertanian,” ujar beliau.

Sementara itu, bekas Timbalan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau menyesal kerana meminta mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan berikutan prestasi yang mengecewakan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Menurut beliau, ketika itu tidak pula ada usul untuk menyingkirkan saya daripada parti… Kami hanya mahu perdana menteri mengundurkan diri.

Muhyiddin menambah: “Penggantinya (PM) akan ditentukan oleh Barisan Nasional dan UMNO…dan itulah realitinya”.

Beliau juga menyifatkan kehadirannya bersama-sama para pemimpin parti pembangkang pada Kongres Rakyat 2016 itu menunjukkan telah sampai pada satu tahap, mereka perlu bersatu untuk menyelamatkan Malaysia.- malaysiaworldnews

 

more recommended stories

Seo wordpress plugin by www.seowizard.org.