
LAPAN mangsa kebakaran rumah setinggan di Kampung Kerinchi baru-baru ini adalah di antara 250 murid-murid yang menerima Biasiswa Mutiara berjumlah RM100,000 dari Persatuan Kebajikan Anak Melayu Pulau Pinang di Wilayah Persekutuan dan Selangor (PEKENANG).
Pemilihan penerima biasiswa itu ditentukan oleh Jawatankuasa Kerja Educaring [email protected] Pendidikan Wilayah Bangsar dan Pudu (PPWBP).
Penerima biasiswa sebanyak RM400 setiap seorang itu terdiri daripada berbilang kaum, keluarga kurang berkemampuan dan tidak pernah menerima sebarang bantuan serta cemerlang dalam bidang akademik.
Sehubungan itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, ibu bapa dan anggota masyarakat bertanggungjawab untuk memastikan setiap kanak-kanak diberi peluang sepenuhnya untuk menerima pelajaran yang terbaik.
Menurut beliau, selaras dengan Konvensyen Mengenai Kanak-kanak (Conve
ntion on the rights of the child/CRC) yang disertai Malaysia sebagai Negara PIhak sejak tahun 1995, mendapat pendidikan merupakan hak setiap kanak-kanak.
“Tidak memberi pelajaran secukupnya kepada kanak-kanak bermakna kita telah mengabaikan hak asasi kanak-kanak yang bakal menjadi pemimpin yang boleh menyumbang kepada masyarakat serta negara di masa hadapan,” katanya ketika berucap di Majlis Penyampaian Biasiswa Mutiara 2016 di Sekolah Menengah Agama (SMA) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Cheras, semalam.
Beliau seterusnya mengajak murid-murid supaya rajin membaca buku, mengikuti perkembangan ilmu dan seterusnya menjadikan amalan itu sebagai budaya dalam hidup.
Rohani juga berharap supaya lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat-sya
rikat swasta mengikut jejak langkah PEKENANG yang menyumbang biasiswa sebagai aktiviti tahunannya secara profesional dan bukan mengikut keperluan semasa.
Kata beliau, pemberian biasiswa itu membuktikan komitmen tinggi PEKENANG dalam memartabatkan usaha-usaha penjanaan dan pembangunan modal insan di negeri ini.
Beliau menambah, kerajaan mengalu-alukan sumbangan Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) yang bekerjasama dengan kerajaan dalam menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan untuk golongan masyarakat yang memerlukan.-malaysiaworldnews.com
As a Newbie, I am permanently exploring online for articles that can help me. Thank you